ayat gerok2

m@k mmg suka bercerita walaupun citer m@k jEm@h x menarik pown..tapi korang baca je taw! ^_^

Friday, May 27, 2011

suatu coretan ringkas untuk diri

Salam sejahtera, salam mesra dan salam ukhwah untuk semua my followers.



My pray, may Allah bless all of u..full of love from me too. =D


Hari nie just nak buat sikit coretan jek. Since I just stay at home without doing anything, so I am always thinking about life. Selama aku dah hidup 21 tahun; almost 22 tahun, so many thinks ive gone through. Terlalu banyak yang mana banyak mengajar aku tentang apa itu hidup.


Biar pun kita sentiasa merasa kesenangan, janganlah kita lupa akan kesusahan yang mungkin kita akan hadapi pada masa akan datang. Yang paling penting jangan lupa mengucapkan syukur Alhamdulillah. Memang tersangat bertuah orang yang sentiasa mendapat perlindungan Allah dan telah diberikan keistimewaan dalam hidup. Kita manusia biasa. Jadi kita tidak tahu apa yang Allah dah tetapkan untuk hidup kita.


Jika kita sentiasa merasa susah berdoalah pada Allah agar kita sentiasa diberikan kekuatan. Berdoalah agar Allah jika kita didatangkan dengan kesusahan kerana Allah sayangkan kita kerana Dia tidak mahu kita lupa padaNya. Ya Allah! Subhanallah! Besarnya kuasa Allah kerana sentiasa mengingatkan kita padaNya. Bertuahnya org2 yang seperti ini. Jadi mengapa kita mahu bersedih atas kesusahan yang menimpa kita. Biar pun kita sendiri yang membawa diri kita pada kesusahan itu, janganlah terus menyalahkan diri. Tak salah kalau kita menyesali apa yang terjadi. Tapi janganlah terlalu over sampai putus asa. Kerana Allah itu Maha Kuasa. Dia yang lebih mengetahui apa yang mahu diberikan kepada setiap umatNya.


Biar apa pun yang terjadi kepada kita, susah dan senang semuanya Allah telah tentukan. Kita sebagai umatNya haruslah sentiasa mengingatiNya dan ingatlah bahawa kita adalah khalifah Allah yang wajib menjalankan setiap suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Mengaku sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w tapi tidak menjadikan cara hidup baginda sebagai cara hidup. So, pikir2kan lah dan marilah kita sama2 membetulkan diri kita yang masih jauh ketinggalan.


Coretan ini adalah untuk diri sendiri. Pada followers yang baca dan sama2 mahu membaiki diri, Alhamdulillah. Bersyukurlah kerana Allah sayangkan kita. THANK YOU, ALLAH! ALHAMDULILLAH, SYUKRAN…



amacam??best tak??freely LIKE ok! ^_^

0 kata-kata mereka:

Da chosen one..

sEmangaT isLaM

my spiRiTS~~