ayat gerok2

m@k mmg suka bercerita walaupun citer m@k jEm@h x menarik pown..tapi korang baca je taw! ^_^

Thursday, March 17, 2011

T.S.U.N.A.M.I

Sejak kejadian Tsunami yg dasyat menimpa negara matahari terbit, JAPAN pada 11 Marh 2011 (Friday) lalu, saya rase tertarik untuk mengkaji cerita dan sejarah di sebalik kejadian tsunami. Before proceed more further, kita tengok dulu apa maksud tsunami k..=D


Istilah 'tsunami' menerangkan satu siri ombak lautan yang panjang yang terbentuk selepas sejumlah isipadu air dipindahkan secara tiba-tiba. Tsunami adalah daripada perkataan Jepun, dan apabila disalinkan ke Inggeris, ia bermaksud Harbor (tsu) wave (nami). Istilah ini pada mulanya digunakan oleh nelayan Jepun untuk menerangkan kemusnahkan yang dilakukan ombak besar yang mana boleh menghapuskan seluruh kawasan pengkalan kapal.


ok..dah tahu istilah tsunami kan..so nak cerita la sikit apa itu tsunami..



tsunami adalah ombak-ombak mempunyai ciri-ciri pergerakan yang pantas, kadang-kadang mempunyai ketinggian ombak yang tinggi, dan jarak ombak panjang oleh itu tsunami-tsunami adalah seharusnya ombak-ombak raksasa.
Dalam lautan dalam, tsunami jarang dirasakan kerana mereka ditutupi oleh kebesaran / keluasan lautan yang lainnya. Walau bagaimanapun, tsunami memang boleh menghancurkan apabila jarak jauh di bawah lautan semakin kurang apabila menuju ke darat. Kelajuan pergerakan tsunami juga merupakan suatu ciri yang hebat. Tsunami boleh bergerak disepanjang lautan dengan sangat pantas, biasanya dari 500 ke 1000 kilometer sejam, dengan tenaganya yang agak konsisten dan agak sukar kelihatan dilaut. Ini adalah sebabnya, mengapa tsunami dihasilkan dari satu kawasan dan boleh memberi kesan ke kawasan-kawasan yang beribu-ribu kilometer jauhnya.


agak2 korang macam mane la tsunami nie terjadi erk?kalo ikut Islam memang betul ia terjadi atas kehendak Allah SWT tp Allah tu maha kaya n sesuatu tue terjadi mestila ade sebab dan cara nyer kan..so, saya ade jumpa la pic yg senang nk paham tentang macam mane tsunami terjadi..


niew plak berita pasal kejadian Tsunami kat JAPAN baru2 niew..

Gempa bumi yang berlaku tidak jauh dari perairan jepun yang berukuran 8.8 pada skala Richter telah menghasilkan ombak tsunami setinggi 7.3 meter di daerah Fukushima, JEPUN. Manakala ombak tsunami setinggi 4 meter dilaporkan melanda beberapa daerah di bahagian timur laut Jepun.

Gempa bumi yang berlaku berhampiran pulau Honshu iaitu pulau utama di Jepun yang menempatkan bandar-bandar utama di sini telah menyebabkan pihak Jepun mengeluarkan amaran tsunami setinggi 10 meter. Gempa bumi ini adalah yang terburuk melanda Jepun dalam masa 140 tahun.

Setakat ini, jumlah yang terkorban adalah mencecah sehingga 385 orang. Sangat sedikit jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di Acheh dan Lautan Hindi ysng mengorbankan berpuluh-puluh ribu orang. 

Tsunami di Acheh pula adalah berkekuatan lebih besar. Lebih 9.3 pada skala Richter yang menghasilkan ombak setinggi 9 meter. (atas kapasiti bahawa terletak jauh sedikit daripada tempat berlakunya gempa bumi) Tsunami yang berlaku di Lautan Hindi telah menyebabkan kematian lebih 230 000 orang, kematian yang terbesar dalam sejarah.

Berlainan pula di Jepun, dalam kedahsyatan aliran tsunami itu, siapa sangka jumlah kematian tidakpun sampai seribu orang. Apa yang kita lihat cuma bangunan, rumah dan kenderaan yang musnah di bawa gelombang tsunami. Sungguh pelik kan?

Namun bagi pendekar, perkara ini tidaklah pelik melihat kepada sistem amaran dan pengesanan gempa bumi dan tsunami yang dimiliki oleh Jepun. Mereka memiliki sistem amaran yang paling canggih di dunia. Dan paling cekap dalam mengendalikan sebarang bencana yang mungkin tercetus di negara mereka. (mengambil kira bahawa Jepun terletak di Lingkaran Api Pasifik.

Kecekapan Agensi Meteorikal Jepun sangatlah menakjubkan. Dari sistem amaran awal, sistem amaran berpusat yang mereka miliki sangat membantu dalam mengurangkan kehilangan nyawa di kalangan para penduduknya. kehilangan harta benda masih boleh di cari lagi bukan?? 

Walaupun kedudukan Bandar tokyo juga berhampiran kawasan tersebut, namun bandaraya tokyo dilindungi oleh teluk Tokyo yang bersifat bagaikan tembok yang membantu menangkis gelombang tsunami daripda melanda bandar tersebut. 

Berita terkini setakat ini, Jepun akan melepaskan bahan radioaktif dari loji tenaga nuklearnya. Semua orang tahu bahayanya sisa radioaktif yang dibebaskan. Penduduk yang berada di sepanjang 3 kilometer dari loji tersebut dinasihatkan untuk berhati-hati. 




n da last but not least,,the interesting picture about tsunami..


so,amacam?takut kan..mungkin nie tanda kiamat sudah dekat. sebagai Muslim kita haruslah sedar n persiapkanlah diri untuk menghadapi hari berlakunya kiamat kerana kelak kejadiannya lebih berat.. :)

=D=)=D=)=D=)=D=)=D=)=D=)=D=)=D=)=D=)=D=)=D=)=D=)=D=)=D=)=D=)=D=)=D=)=D=)=D=)=D=)=D=)

amacam??best tak??freely LIKE ok! ^_^

Da chosen one..

sEmangaT isLaM

my spiRiTS~~