ayat gerok2

m@k mmg suka bercerita walaupun citer m@k jEm@h x menarik pown..tapi korang baca je taw! ^_^

Thursday, September 8, 2011

SURAT UNTUK ~MA~

Assalamualaikum pada ma yg thebat, Puan Halimatun Saadiah Hj Long. Surat ini ditujukan pada ma (walaupun ma x tahu.. ;p). pertama tama anakmu ini memanjatkan syukur ALHAMDULILLAH yg teramat sgt pada Allah SWT kerana dilahirkan menjadi anakmu.

Selama ini anakmu selalu meganggap ma tidak terlalu memahami diri ini dan sering sahaja memperlihatkan kesalahan anakmu ini. Namun masa mendewasakan anakmu dan menjadikan diri ini lebih matang untuk menilai erti sebuah kasih saying dari ma. Mungkin ma tidak seperti ibu2 laen yg anakmu pandang sempurna di mata ini. Kerna anakmu terlalu buta menilai kasih sayang daripada ma yg lebih tgg dari gunung Everest.

Namun, Allah Maha Kuasa. Dia membantu membuka mata dan hati ini untuk mengenal ma yg sebenarnya dan melihat kasih sayang dari ma adalah lebih dari ma sayangkan diri ma sendiri. Semenjak ‘peristiwa itu’ anakmu selalu melihat kasih sayang yg tidak terperi dari ma. Sekarang anakmu rasa tidak mahu berpisah langsung dari ma. Setiap hari anakmu mahu melihat dan merenung wajah ma. Dan anakmu mahu mendengar suara mu.

Ma, anakmu ini merasa yg ma seperti dapat membaca setiap detik hati dan pikiran diri ini. Ma sentiasa tahu bila diri ini sedih, bila diri ini marah, bila diri ini runsing. Ma sentiasa cuba memastikan diri ini sentiasa dalam keadaan baek meskipun ma tidak meluahkan apa yg ma rasa tentang diri ini.

Apa yg paling aku hargai pada sikap ma adalah ma sentiasa berfikiran positif dan tidak pernah meletakkan kesalahan anak2 mu pada diri mereka 100%. Ma sentiasa menenangkan kami, menasihati kami dalam diam dan sentiasa menjaga kami walaupun along, angah dan hisyam sudah kawen. Walaupun ma ada rasa x puas hati pada menantu2 ma, ma tak pernah tunjuk depan mereka kerana biasalah manusia buat silap. Malah ma sering menunjukkan kasih sayang dan sering menasihati menantu2 ma dgn baek serta melayani mereka saling x tumpah macam ma layan anak sendiri.

Dulu, anakmu pikir pa je yg sayang dan faham diri ini. Namun, diri ini silap. Sebenarnya ma lah yg lebih memahami diri ini dan lebih menyayangi diri ini. Benarlah org kata; kasih ibu membawa ke syurga, aksih ayah tiada penghujungnya. Terima kasih ma kerana sering berada di sisi diri ini selama ini. anakmu ini terlalu sayang pada ma. Terima kasih kerana menerima setiap baik buruk diri anakmu ini. Terima kasih kerana menjadi pembela diri ini. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan dan memotivasikn anakmu ini. Dan yg paling penting terima kasih kerana sudi mengandungkan, melahirkan, menyusukan, menjaga serta melayani diri ini selama ini. Kasih ma tidak dapat diri ini balas dengan apa pun. Namun, kasih sayang anakmu ini dikumpulkan dalam doa pada Illahi…..

Doaku untukmu:

Ya Allah, ampunilah dosa ma dan pa ku. Sayangilah mereka sepertimana mereka mengasihi aku ketika aku masih kecil. Ya Allah, bantulah aku menjadi anak yg soleh. Anak yg berbakti kepada ma dan pa. Kau berilah aku peluang berbakti kepada ma dan pa sehingga ke akhir hayat mereka. Kau bantulah aku mengekalkan kasih sayang aku pada ma dan pa sehingga ke akhir hayat mereka. Ya Allah, berilah peluang kepada aku menjaga, melayani dan membahagiakan ma dan pa sehingga akhir hayat mereka. Dan Kau berikanlah kesabaran dan kekuatan kepada aku dalam usaha ku untuk menjadi anak yg soleh dan berbakti kepada ma dan pa. Janganlah Kau jadikan kami anak yg derhaka. Biar bertapa susah sekali pun, jangan kau palingkan hati dan kasih sayang ku dari ma dan pa. Ya Allah, kabulkanlah doa ku..amin..=D

amacam??best tak??freely LIKE ok! ^_^

0 kata-kata mereka:

Da chosen one..

sEmangaT isLaM

my spiRiTS~~