ayat gerok2

m@k mmg suka bercerita walaupun citer m@k jEm@h x menarik pown..tapi korang baca je taw! ^_^

Wednesday, June 29, 2011

JUST A CONCERN

Everyday aku online. Just nak isi masa lapang. Lately aku cuba cari game-game yang besh untuk download. Maklum la, bosan. So, kalau ada game seronok sikit kan. Tapi aku banyak tak puas hati la. Bukan x puas hati dgn game tapi x puas hati sebab byk sgt menda mengarut kat internet. Body scanner la, tekan sini dekat “tuuuuutttttt gurl”,,,aishhhh! Pening, pening. 

Macam mana la negara kita x banyak masalah social. Tengok jela kat tenet. Belambak! Masalahnya, aku just nak download game jek. Patut la pikiran budak2 mudah terpengaruh. Yela, online tuk maen game. Tapi keluar plak menda2 camtu. Apa lagi, terliur la bebudak kan. Besides, kalo aku nak tgk movie online pown ade menda2 camni. Adoiiiiii la! Wex! Bangang betol! (maaf kalo kasar sgt,,GERAM DOH!) hurmmmm,, macam mana la bangsa Malaysia nak maju kalo banyak terpengaruh dengan menda2 macam nie. 

Masalah utama adalah masalah social di kalangan budak2 sekolah. Tue yang paling menyedihkan sebab bukan takat budak sekolah rendah, budak tadika pown dah pandai. And yang paling menyedihkan adalah kerana melibatkan bangsa melayu. Adoiiiii! What a waste. Nie ada sikit info pasal statistic gejala social kat Malaysia nie.

Statistik Gejala Sosial Remaja

Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripadajumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja dan dalam kalangan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda. Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992).

Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayahberlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina dan 47 adalah remaja kaum India.

Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992.

Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang dari rumah. Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes, 1991 (1981 kes), 1992 (2221kes) dan 1993 (1485 kes).

Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif, antara tahun 1990 dan 1992, daripada jumlah 22912 penagih dadah yang ditahan, 2856 orang (12.46%) adalah remaja.


Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di kalanganremaja. Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian, 3 Februari 1992), bilangan remaja yang rosak ahklak masih tinggi. Pada tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989,3763 kes pada tahun 1990 dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991.

Satu lagi tabiat remajayang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah “budaya lepak”. Satu kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac 1993).

Ya Allah! Malunya bila baca semua nie. Aku wakil bangsa Melayu yang sayangkan bangsanya menyeru semua kawan2 sedarlah dan bukalah mata anda seluasnya. Lihatlah apa yang akan jadi pada bangsa kita. So, sama2 la kita saling nasihat menasihati satu sama lain..


Aku selaku bangsa melayu yang beragama Islam sangat concern pasal masalah nie. Bukan apa, aku xnk Negara Malaysia nie jatuh ke tangan org laen. Wahai bangsa Melayu n beragama Islam tolonglah bangkit! Insaflah k! jgn berfikiran singkat. Mungkin sekarang kita tak nampak kesan nye. Tapi masa akan datang jangan kita menangis plak. Tetiba aku teringat lagu WARISAN. Kalo sesapa x taw lagu nie mmg kesian la. But korang please renung2 kan bait2 lirik lagu nie k.. =D

WARISAN


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi  
Air mata darah bercampur keringat 
Bumi dipijak milik orang


Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda 
Akibat sengketa di antara kita 
Cinta lenyap di arus zaman


Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya 
Hasil mengalir ke tangan yang lain 
Kita kan merintih sendiri


Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi 
Hapuskan sengketa 
Teruskan usaha Kita kan gagah di nusantara


Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara 
Kita kan gagah di pentas dunia



amacam??best tak??freely LIKE ok! ^_^

1 kata-kata mereka:

tirahzairi said...

yunk, i wt ur blog as my bloglist..nt tgk la...pemes taw !!! miss u dear..tc

Da chosen one..

sEmangaT isLaM

my spiRiTS~~